Thursday, September 9, 2010

BALIK KAMPUNG...............

Salam... 
tak sabar rasanya nak sampai ke kampung... 
macam dah lama tak jumpa tok ngan tokwan...
Smoga saya selamat pulang ke kampung dan selamat datang kembali ke cni.... 
harap-harap soklan cepumas tak kuar masa blk kg nanti..
amin.....
CANTIK TAK....


cantik tak suasana kat kampung saya.. hehe

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri buat semua

salam semua... 
di kesempatan kita semua nk menyambut aidilfitri beberapa hari lg, saya nak mengucapkan  salam aidilfitri.... klu ada salah dan silap dan terlanjur bicara haraplah dimaafkan.....

kepada yang baru nak blk kampung tue... kalau memandu sendiri berhati-hati ya...
semoga Allah memberkati perjalanan kita semua... Amin........


Sunday, August 29, 2010

xcited membilang hari menyambut syawal ke??

Salam semua..... 
hm... hari nie dah masuk hari yang ke 19 kita berpuasa kan....tinggal 11 hari lagi nak berpuasa... kebetulan pulak lagi 2 hari lepas kita menyambut maulidul rasul dan lg 2 hari kita akan menyambut Hari Kebangsaan kita yang ke-57. Bercuti sakan la kita ek...ada yang lepak je kt umah,.. 
mcm saye ,time cuti nie sye balik ke rumah untuk mengambil peluang berbuka puasa bersama keluarga.. klu tak x mmg xde pluang la...dah blk kg utk beraya pun mlm raya kan......


Slain itu ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat persediaan menyambut raya: Shopping, wat kuih raya, wat baju raya (kalau yang rajin wat sendri).... tapi dalam kegembiraan menyambut syawal nie kita kadang-kadang lupa kan ataupun wat-wat lupa yang kita dah hampir sangat ngn malam lailatul qadar (malam yang lebih baik dari malam seribu bulan..ramai org yang kisah tak....
 
Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kenapa malam lailatul qadar istemewa.
1. Malam itu diturunkan al-Quran. 

2. Pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
 
Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."

so, jom la sama2 kita...peringatan utk diri saya sendiri...hehe

Monday, August 23, 2010

Penemuan Rangka Gergasi...

Salam.... Pagi  nie pada masa saya check email, terbaca satu email yang sangat menarik perhatian saya.... Masyaallah, kagumnye saya.... menurut petikan dari email yang saya dapat, penemuan hasil arkeologi ini adalah ketika Aramco Exploration team membuat pengalian bagi mencari minyak di Gurun tanah arab yang di panggil 'Empty Quarter' atau dalam bahasa arab 'Rab-Ul-Khalee'. Ulama Saudi percaya rangka yang ditemui ini dipercayai adalah kaum Aad yang mana Allah telah mengutuskan Nabi Hud untuk mereka. 

Kaum Aad adalah kaum yang tinggi, besar, kuat dan sangat berkuasa.Pada ayat [29.38] Allah merakamkan kelebihan pada kaum Ad dan Tsamud, dimana mereka dikurniakan kelebihan pada akal iaitu orang-orang yang berpandangan tajam. Akal merekalah yang membuatkan pembinaan penempatan mereka jauh mengatasi negeri-negeri lain.

 Walaubagaimanapun mereka leka dan angkuh dengan kelebihan yang diberikan dan lansung memalingkan diri mereka dari ajaran nabi dan telah melampaui batas. Akhirnya, Allah telah menurunkan bencana untuk menghapuskan kaum Add yang angkuh dan tidah beriman kepada Allah...
Kawasan ini telah dikawal ketat oleh tentera Arab Saudi, walaubagaimana terdapat kebocoran maklumat, maka tersebarlah gambar ini. Allah jadikan sesuatu bukan untuk sia-sia. Mungkin ini satu peringatan untuk kita yang masih diberi peluang oleh-Nya...
Allahu A'alam....

.

Sunday, August 22, 2010

ujian menyambut ramadhan....

Salam ramadhan..... lama tak edit blog nie... baru nak blajar mnulis kt blog, terhang la plak....

2 hari sebelum puasa terkena la pulak demam... 
bila nak jumpa doc masa tue la demam nak kebah....jadi xde la doc nk bg antibiotik....
esokan hari deman la lg.... mcm tue la jadinya , selang sehari dua mesti nak demam....
bgn sahur demam, makan ubat g keja ok plak... blik keja sambung balik demam...
ish3... main2 btol anti bodi nie....nasib baik la la baru2 nie doc kata skarg cuaca tak mnentu...mmg musim org demam... so xde la sakit serius... 


tp tue la susah jugakkan puasa masa tgh demam nie....tp ada kawan bitau bitau 
'Sakit tue kan Allah bagi untuk gugurkan dosa-dosa kecil kita.... jadi bersyukurlah.... redha...' ... 
Lagipun lebih ramai lagi orang yang mendapat dugaan yang lagi hebat dari demam yang cikai2 mcm nie kan...
Kat cni cik saya nak kongsi  satu lirik lagu yang cik hijau sangat dengar... da kaitan la dengan muhasabah masa sakit nie.... 1st time saya dengar dulu terus jatuh hati...

Tajuk lagu : Muhasabah Cinta
Artis  : EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

ok... stakat ini dulu dari saya..daa.....