Salam semua.....
hm... hari nie dah masuk hari yang ke 19 kita berpuasa kan....tinggal 11 hari lagi nak berpuasa... kebetulan pulak lagi 2 hari lepas kita menyambut maulidul rasul dan lg 2 hari kita akan menyambut Hari Kebangsaan kita yang ke-57. Bercuti sakan la kita ek...ada yang lepak je kt umah,..
mcm saye ,time cuti nie sye balik ke rumah untuk mengambil peluang berbuka puasa bersama keluarga.. klu tak x mmg xde pluang la...dah blk kg utk beraya pun mlm raya kan......
Slain itu ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat persediaan menyambut raya: Shopping, wat kuih raya, wat baju raya (kalau yang rajin wat sendri).... tapi dalam kegembiraan menyambut syawal nie kita kadang-kadang lupa kan ataupun wat-wat lupa yang kita dah hampir sangat ngn malam lailatul qadar (malam yang lebih baik dari malam seribu bulan..ramai org yang kisah tak....
Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.
Kenapa malam lailatul qadar istemewa.
1. Malam itu diturunkan al-Quran.
2. Pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."
so, jom la sama2 kita...peringatan utk diri saya sendiri...hehe